QUEEN|diary : Zyeen


Bedak Sejuk Bagus
Wednesday 31 October 2012, 01:55 ϟ 0 Orang Celoteh

Dapat menyejukkan kulit muka.
Bedak sejuk ni memang semulajadi sejuk, ianya juga sesuai dipakai semasa cuaca panas.
Dapat kurangkan minyak pada muka.
Bedak sejuk ni sebenarnya boleh serap minyak yang berlebihan kat muka. Secara tak langsung, boleh la kurangkan jerawat. Walaupun sekali kita pakai tak nampak sangat kesannya tapi bila dah 2 3 kali pakai InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Melicinkan kulit muka.
Bedak sejuk dibuat daripada beras yang direndam lama, korang mesti pernah dengar tentang air basuhan beras baik untuk kulit, jadi kebaikan mereka ni sama je.

Muka akan rasa segar dan tegang.
Bila pakai je bedak sejuk muka akan jadi lebih segar daripada biasa tau.

Boleh tanggalkan sel kulit mati.
Sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan daripada pemakaian bedak sejuk ni.

Dapat memutihkan kulit.
Secara terang-terangan apabila kita kerap memakai bedak sejuk kulit muka kita boleh jadi putih. 

Dapat melegakan kegatalan dan lebam.
Sejak azali lagi, nenek moyang kita memang gunakan bedak sejuk ni untuk mengurangkan kegatalan dan lebam

new past

[ Stuff ] [ Follow ]

<


Template by MhZ .