QUEEN|diary : Zyeen


Duit
Sunday 23 December 2012, 01:11 ϟ 0 Orang Celoteh

As'salam, hey peeps! hari ni zie nak cerita pasal duit 0_0, almaklum la zaman sekarang ni nak buat apa pun nak kena pakai duit kan. Tapi hari ni zie bukan nak cerita pasal duit semata-mata zie nak ceritakan pasal orang yang pinjam duit. Duit siapa, duit zie sendiri, okay, zie bukan nak mengata dia or nak mengaibkan dia, tapi zie cuma tak puas hati sangat, yela, zie bukannya sengaja nak bagi dia pinjam duit tu, zie bagi pinjam sebab zie rasa kesian sangat, zie cuba nak tolong, tu je niat zie.

Tapi, sekarang baru zie tersedar, zie tersalah kasi pinjam duit dengan orang, Si D ni dia pernah berjanji dengan zie yang bila dia dah dapat duit gaji masa cuti sem lepas, SEM Lepas okay, dia janji naik sem ni dia akan bayar FULL duit zie and duit seorang lagi kawan, tapi dalam jangka masa sebulan lebih tu, dia hanya dapat kerja beberapa minggu sahaja, but still dapat gaji kan, dia terpaksa berhenti dengan sebab tertentu.

Masa tu zie rasa kesian sangat dengan dia, so zie telah membuat kira-kira dan mendiscountkan jumlah pinjaman yang telah zie berikan, u all nak tau tak berapa jumlah asalnya? RM490, bagi zie tu jumlah yang sangat banyak dan terlalu besar okay! Zie dah discountkan sebanyak beberapa % daripada jumlah asal, sekarang dah jadi RM300 sahaja, zie dah rugi 190 hingget kat sini okay :/

Pada mulanya, zie ingat nak tuntut apabila si D ni dah masuk kolej, bila zie tanya dia pasal duit dia akan cakap macam ni "saya tak ada duit wak, tolong la faham" okay la zie cuba untuk faham, tapi bila dah masuk kolej u all tau apa yang buat zie rasa nak mengamuk? Motor dia, dia boleh makeup motor dia, siap spray rim bagai, zie rasa macam nak karate je dia tu, dalam masa yang sama sekarang ni zie nak pakai duit yang teramat, tapi macam biasa la jawapan dia.

Jadi, setelah berminggu-minggu cubaan mendapatkan duit adalah gagal, jadi zie halalkan je duit tu, tapi halal yang zie maksudkan hanya di dunia, ingat zie akan tuntut di akhirat nanti, kerana itu merupakan harta zie. Jadi, si D mungin dapat aman di dunia, tapi tidak di akhirat sana. As'salam

new past

[ Stuff ] [ Follow ]

<


Template by MhZ .