QUEEN|diary : Zyeen


Reject!
Wednesday 22 May 2013, 03:01 ϟ 0 Orang Celoteh

Tips ni zie copy dari SINI sebenarnya, hehehe, ni tips untuk reject seseorang, yelar kadang kala kita tak nak dekat seseorang tu tapi kita tak tahu macam mana nak buat dan tunjukkan, so dengan adanya tips ni korang semua akan lebih sukses! hahaahahaha :D Chiayokkkk! okay mari kita mulakan............



  • Korang bagitahu si dia tu, yang korang ada AIDS. Sure, si dia tu tak berani dekat dengan korang and dah tak ganggu hidup korang sebab takut dijangkiti sekali. Walaupun pada hakikatnya, AIDS yang korang maksudkan ialah "Aku Ingin Dota Selalu"
  • Korang bagitahu si dia, yang korang ni pernah pinjam duit along dulu. Dan sampai sekarang diburu along sebab dah lama tak bayar. Sure si dia tak berani dekat. Kot2 jadi mangsa lak kang. Walaupun 'along' yang korang maksudkan ialah Abang Long or Kak Long korang. Ekeke. 
  • Korang bagitahu si dia, korang ni dah kahwin. Tapi dah bercerai. Korang jadi duda or janda. Anak 15 orang pulak tu kena sara. Sure Si dia tak suka korang, sebab korang ni dah 'second hand.' Walaupun pada hakikatnya, korang maksudkan permainan 'mak-mak' yang korang pernah main dengan sepupu dan adik-beradik korang dulu-dulu. Hehe. 
  • Korang bagitahu si dia, kalau si dia sukakan korang, si dia perlu sediakan 4 biji iPhone, 5 ketul Tablet PC, 3 buah Blackberry dan Top Up RM 100 setiap minggu. Well, selepas ' diuji ' cara ni paling lembut dan ternyata berkesan. Cubalah ye. He2. Sure si dia tu tak tahan and terus blah dari hidup korang. Tapi kalau2 dorang relakan diri untuk semua tu. Then, ambik je dia tu terus jadikan isteri or suami. Hidup sure senang. ( Materialistik nak mampossh)
  • Bagitahu si dia, korang ni pengedar dadah tegar. Dan pernah ambik dadah. Malah korang sentiasa ketagih dengan benda tu. Aku sure yang amat, lepas tu korang kena lempang dan si dia pun terus blah tanpa berucap panjang. Sedangkan korang ni sebenarnya bekerja sebagai ahli farmasi dan mudah kena penyakit. So korang perlu sentiasa dengan ubat. Ye la, antibodi tak kuat. 
  • Korang cakap la, korang ni kerjanya memandu JER. Sila sebut jelas-jelas perkataan JER tu. Sebab mostly, orang akan ingat korang ni pemandu teksi or bas or beca. Duit gaji pun sikit. Jadi disebabkan tak nak hidupnya melarat nanti di hari tua, si dia pun tinggalkan korang tanpa sebarang notis. Sedangkan kerja sebenar korang adalah Pemandu Kapal Terbang. Hehehe. 
  • Korang bagitahu juga, korang ada 13 adik-beradik. Mak bapak dah tak ada. So koranglah kena sara hidup depa tu. Pasti si dia tak nak terlibat dengan hidup susah korang. Walaupun, perkara sebenarnya, korang maksudkan 'depa' tu anak-anak kucing yang korang bela. Please jangan mention 13 'orang' atau 'ekor'. Sebut 13 je. Hehe.

new past

[ Stuff ] [ Follow ]

<


Template by MhZ .